Greta Thunberg dipaksa cium bendera Israel, dakwa saksi flotila

ISTANBUL – Seorang aktivis Turki yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) mendakwa tentera Israel telah menyeksa aktivis iklim terkenal Sweden, Greta Thunberg selepas kapal flotila itu dirampas secara tidak sah di perairan antarabangsa.

Ersin Celik, antara sukarelawan yang ditahan dan tiba di Istanbul pada Sabtu, memberitahu CNN Turk bahawa Greta, 22, berdepan layanan kejam dan penghinaan ketika dalam tahanan tentera Israel.

“Mereka (tentera Israel) menyeksa Greta dengan teruk di hadapan kami. Mereka menindasnya — Greta hanyalah seorang anak kecil. Mereka memaksa dia merangkak dan mencium bendera Israel. Mereka lakukan sama seperti apa yang pernah dilakukan Nazi dahulu,” katanya.



Celik mendakwa Greta turut dijadikan sasaran kerana popularitinya.
“Mereka mempamerkannya di khalayak ramai. Dan kerana dia seorang figura terkenal, mereka sengaja menyasarkan dia,” ujarnya lagi.

Pesawat khas membawa aktivis flotila kemanusiaan yang diserang dan ditahan Israel mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu petang. Pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel, tiba pada jam 3.50 petang waktu tempatan (1250 GMT).

Seramai 137 orang daripada rombongan flotila itu tiba menerusi penerbangan tersebut, termasuk 36 warga Turki dan 23 warga Malaysia.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Greta telah dihantar pulang atau masih berada dalam tahanan Israel. Greta sebelum ini turut menyertai kapal Madleen, sebuah misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Jun lalu yang turut dipintas tentera laut Israel.

#KelantanDaily
Sumber: TRT World

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan