22 Juta rakyat Malaysia bakal terimasekali lagi penghargaan SARA RM100

Perdana Menteri mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 tambahan melalui SARA Penghargaan, seperti yang pernah diberikan pada Ogos lalu.

“Sukacita saya umumkan, kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Bayaran akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026, bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina,” katanya.



Menurut beliau, lebih 70 peratus penerima telah membelanjakan bantuan SARA terdahulu, dan baki yang tidak digunakan menjelang Disember akan diagihkan semula untuk program bantuan rakyat miskin.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!