Wanita Maut, Suami Parah Nahas Motosikal Dan Kereta Selepas Solat Aidiladha Di Machang

Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29.4 Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong, Machang, pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di surau berhampiran.

Ketua Polis Daerah Machang, Azuhar Md Nor berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki beberapa individu berlanggar dengan motosikal mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal iaitu wanita berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal yang juga suaminya berusia 44 tahun pula mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pemandu serta penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairulanwar Adamb di talian 011-10085165 bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!