Tiada tempat selamat di Gaza, zon kemanusiaan turut di bom

GAZA – Serangan darat terbaharu tentera Israel di Gaza City memaksa ratusan ribu penduduk Palestin meninggalkan bandar berkenaan dalam keadaan penuh cemas. Tanpa akses kepada kenderaan, ada yang terpaksa menggunakan basikal dan kereta sorong untuk membawa anak kecil serta barangan penting.

Pada Selasa, kelihatan deretan panjang kereta sarat dengan barangan memenuhi jalan pesisir pantai keluar dari bandar, manakala sebahagian penduduk lain hanya mampu berjalan kaki.

Situasi itu berlaku selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) semakin mara ke pusat bandar, selepas beberapa minggu mengebom kawasan pinggir Gaza termasuk memusnahkan blok kediaman bertingkat.

Pakar keselamatan makanan disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu mengisytiharkan kebuluran di Gaza City dan kawasan sekitarnya, menyifatkannya sebagai krisis “berpunca daripada perbuatan manusia”.

Laporan itu mendapati lebih setengah juta orang kini berada dalam keadaan bencana yang dicirikan dengan kebuluran, kemusnahan dan kematian.

Dalam masa sama, satu suruhanjaya siasatan PBB merumuskan Israel telah melakukan genosid terhadap penduduk Gaza, namun dakwaan itu ditolak keras oleh Tel Aviv.

Seorang wartawan tempatan, Ruwaida Amer, berkata penduduk yang masih bertahan di Gaza City sebenarnya bertekad untuk tidak meninggalkan rumah mereka, tetapi “pengeboman dahsyat” yang berlaku berterusan menyebabkan mereka tiada pilihan.

Menurutnya, penduduk kini hidup dalam ketakutan kerana peluru berpandu baharu yang digunakan sangat dasyat, malah ada yang jenis meyebabkan kebakaran.

Amer menjelaskan trafik keluar dari Gaza City kini terlalu sesak, dengan perjalanan ke Rafah dan Khan Yunis mengambil masa sehingga sembilan jam.

Kos untuk berpindah juga semakin mahal, menyebabkan ramai keluarga bergelut untuk menyelamatkan diri.

Tentera Israel mengarahkan orang ramai menuju ke zon kemanusiaan baharu di al-Mawasi, kawasan tengah Gaza, yang kononnya dijanjikan dengan perlindungan dan rawatan kesihatan.

Namun kawasan itu sendiri telah beberapa kali dibom sepanjang perang, dan menurut PBB, tiada satu pun lokasi di Gaza boleh dianggap benar-benar selamat.

Setakat ini, lebih 64,000 penduduk Palestin terbunuh sejak perang bermula Oktober 2023, manakala lebih 90 peratus rumah musnah atau rosak. Hampir keseluruhan penduduk Gaza juga telah berulang kali dipaksa berpindah.

Kerajaan United Kingdom dan Kesatuan Eropah dalam kenyataan masing-masing mendesak Israel menghentikan operasi darat di Gaza City kerana ia hanya akan menambah pertumpahan darah, membunuh lebih ramai orang awam tidak berdosa serta membahayakan baki tebusan yang masih berada di sana.

Israel kini berdepan kes genosid yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, manakala beberapa pemimpin Israel telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan menggunakan kebuluran sebagai senjata perang.


#KelantanDaily
Sumber: Ipaper

TERKINI

Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Suspek Kes Culik Dua Lelaki Di Kelantan Ditahan Di Terengganu
|
Seorang daripada dua suspek yang dipercayai mendalangi kes penculikan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!