Pelaksanaan format baharu ujian berkomputer JPJ dilanjutkan sehingga 28 September

BACHOK – Orang ramai yang masih belum memiliki lesen memandu atau motosikal diberi tempoh lanjutan sehingga 28 September 2025 sebelum format baharu ujian berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikuatkuasakan sepenuhnya.

Sebelum tarikh itu, calon masih berpeluang menduduki ujian dalam format lama yang hanya mengandungi 50 soalan dengan markah lulus minimum 42. Format baharu akan mula digunakan pada 3 Oktober, iaitu 70 soalan dengan markah lulus 56, menjadikan ujian lebih mencabar kerana jumlah soalan bertambah sedangkan tempoh masa kekal satu jam.

Seperti biasa, setiap calon diwajibkan menghadiri Kelas Teori (KPP01) yang meliputi undang-undang jalan raya serta sistem mata demerit Kejara sebelum menduduki ujian. Peraturan ini hanya terpakai kepada mereka yang belum mempunyai lesen, manakala pemegang lesen sedia ada tidak perlu mengambil semula ujian komputer sekiranya ingin menambah jenis lesen lain.

Akademi Memandu KIST (AMKIST) mengingatkan orang ramai supaya merebut peluang sepanjang tempoh lanjutan ini kerana ujian dalam format lama jauh lebih mudah berbanding format baharu.

Bagi menarik lebih ramai pendaftaran, AMKIST menawarkan harga promosi lesen kereta RM999 sahaja. Setiap pendaftaran lesen kereta datang dengan promosi lesen motosikal percuma, manakala yuran disediakan dalam pakej lengkap merangkumi kelas KPP01 sehingga ujian JPJ termasuk lesen L dan P. Peserta juga akan menerima makanan percuma pada hari pertama kelas.

Antara kelebihan utama di AMKIST ialah kemudahan pusat ujian komputer yang diiktiraf JPJ sendiri. Ini membolehkan pelajar menduduki ujian tanpa perlu ke pusat luar, malah boleh mendapatkan lesen L pada hari yang sama.

Lebih menarik, pihak AMKIST turut memperkenalkan inisiatif tambahan:

  • Ujian komputer sehingga lulus secara percuma untuk calon motosikal. Langkah ini dapat menjimatkan kos kerana calon tidak perlu membayar setiap kali gagal, sekali gus memberi peluang untuk mempercepatkan kelulusan lesen L.
  • Potongan sehingga 30% bagi bayaran gagal ujian JPJ. Tujuan inisiatif ini adalah untuk meringankan beban calon serta menggalakkan mereka tidak menangguhkan ujian bagi mendapatkan lesen P.



“Peluang ini hanya ada hingga 28 September. Selepas itu, semua calon akan menduduki ujian format baharu yang lebih sukar,” jelas pihak AMKIST.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi 013-984 6323 atau layari laman Facebook rasmi Akademi Memandu KIST atau boleh terus scan kod QR yang tertera dibawah. #KelantanDaily

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!