Pekerja kuari tertimbus runtuhan batu di Raub

RAUB – Seorang pekerja kuari dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di Kuari IJM, Ulu Gali, Sungai Ruan, kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam.

Mangsa, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dari Tanah Merah, Kelantan, dipercayai sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu dari kawasan bukit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera dipandunya sebelum tertimbus.

“Radius kawasan yang tertimbus dianggarkan 300 meter, manakala kedalaman kawasan tertimbus masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan tiga lagi pekerja warga asing mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Raub.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pelbagai agensi lain berdepan kesukaran berikutan masih berlaku pergerakan tanah.

“Pasukan Bomba turut memohon bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM yang dijangka memulakan operasi hari ini. SAR pada hari pertama ditangguhkan kira-kira 7.30 malam kerana keadaan lokasi yang gelap,” jelasnya.

Operasi SAR bersambung jam 8 pagi tadi.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!