Individu Persoal Nama ‘Kedai Runcit Melayu’ Dipenuhi Warga Asing di Kota Bharu

Penggunaan nama “Kedai Runcit Melayu” pada sebuah premis di Jalan Hilir Pasar, Kota Bharu menjadi persoalan selepas satu rakaman video dimuat naik tular di media sosial.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menggunakan nama Abe 0-Abe yang merakam keadaan di dalam premis tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, beliau mendakwa kedai berkenaan dipenuhi pelanggan warga asing meskipun menggunakan nama “Kedai Runcit Melayu”.

Persoalan turut dibangkitkan apabila individu yang berada di bahagian kaunter, ketika ditanya dalam video tersebut, mengakui bahawa dirinya bukan warganegara Malaysia.

Rakaman itu kemudian dikongsikan di media sosial dan menarik perhatian terhadap penggunaan nama premis berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan status pemilikan dan pendaftaran perniagaan terbabit serta kewarganegaraan individu lain yang berada di dalam premis ketika video dirakam.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!