Isu rogol statutori: Mufti Wilayah sokong saranan Ketua Polis Kelantan hukum kedua pihak

SHAH ALAM – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyokong saranan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat agar tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap pengadu atau mangsa sekiranya terbukti perbuatan seks bawah umur dilakukan secara suka sama suka.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, hukuman terhadap pesalah rogol bawah umur ketika ini tidak menyelesaikan masalah kerana hanya menghukum lelaki, manakala pihak wanita dilepaskan tanpa sebarang tindakan.

“Walaupun undang-undang menganggap persetubuhan dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol tanpa mengira persetujuan, ia menimbulkan persoalan dari sudut keadilan. Situasi ini menggambarkan seolah-olah undang-undang berat sebelah kerana menghukum hanya satu pihak, sedangkan kedua-duanya bersalah secara moral,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, penelitian semula terhadap undang-undang rogol bawah umur suka sama suka wajar dilakukan sebagai sebahagian daripada agenda reformasi perundangan negara.

Sebelum ini, Mohd Yusoff mencadangkan supaya gadis yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka turut dikenakan tindakan undang-undang kerana hampir 90 peratus kes rogol bawah umur yang dilaporkan di Kelantan adalah atas kerelaan kedua-dua pihak, bukan paksaan.

Ahmad Fauwaz menegaskan, meskipun undang-undang sivil memberikan perlindungan kepada wanita bawah umur, mereka tetap mempunyai tanggungjawab moral dan tidak seharusnya dikecualikan daripada hukuman.

“Contohnya, jika seorang wanita disabitkan kesalahan berzina, maka dia tetap dihukum. Hukuman adil dan setimpal terhadap kedua-dua pihak yang bersalah akan menjadi pengajaran dan pendidikan lebih berkesan,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang melonjak 53.2 peratus, daripada 2,541 kes pada 2020 kepada 3,892 kes pada 2024. Jumlah mangsa juga meningkat 55.7 peratus, daripada 2,561 orang kepada 3,988 orang dalam tempoh sama.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Polis Kelantan cadang remaja perempuan juga dikenakan tindakan kes seks suka sama suka
BACA JUGA: Lim Guan Eng gesa Ketua Polis Kelantan tarik balik cadangan dan memohon maaf

No posts found!

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan