Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan FT008 Gua Musang–Kota Bharu berhampiran Jambatan Bailey, Machang kini berjalan mengikut jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 September ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, kemajuan keseluruhan projek setakat ini telah mencapai 30.1 peratus.
Beliau berkata, kerja-kerja semasa tertumpu kepada proses pengorekan yang telah mencapai 90 peratus, diikuti kerja pemasangan acuan sebanyak 30 peratus.
Menurutnya, kerja pemasangan tetulang turut dimulakan dan kini berada pada tahap 10 peratus.
Pada 8 Jun lalu, laluan FT008 Gua Musang–Kota Bharu sepanjang 2.3 kilometer ditutup sepenuhnya bagi kedua-dua arah untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih serta penggantian pembetung di kawasan berkenaan dilaksanakan.
Sumber: Bernama
