KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan daripada syarikat tempatan apabila menjalin kerjasama penajaan baharu dengan syarikat wangian Bumiputera, Raja Perfume Malaysia.

Pengurusan KRW FC menzahirkan penghargaan kepada pengasas syarikat itu, dikenali sebagai Boss Long, atas kesediaan berkongsi visi dan misi dalam usaha membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/27.

Menurut kenyataan kelab itu, kerjasama berkenaan diharap dapat memperkukuhkan lagi perjalanan pasukan dalam membina semula kekuatan dan daya saing bola sepak negeri.

Syarikat Anak Kelantan

Raja Perfume Malaysia merupakan syarikat milik anak Kelantan yang beroperasi dalam bidang kosmetik dan kecantikan dengan fokus utama kepada perniagaan wangian.

Syarikat itu kini mempunyai empat cawangan dan disokong oleh seramai 230 pekerja.

Selain itu, Raja Perfume turut memiliki lebih 1,000 ejen berdaftar yang beroperasi di Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Kerjasama tersebut dilihat sebagai satu lagi sokongan penting daripada sektor korporat tempatan dalam membantu pembangunan bola sepak Kelantan.

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!