Terkejut Nampak PGA, Lelaki Lari Tinggal Kereta Penuh Rokok Seludup Di Tumpat

Cubaan seorang penyeludup membawa masuk rokok putih seludup dipercayai dari Thailand gagal apabila dia bertindak meninggalkan kenderaan dipandunya dan melarikan diri ke kawasan semak selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,000 batang rokok putih seludup yang dianggarkan bernilai RM5,610.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota Batalion 8 PGA mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan, pemandu terbabit bertindak memecut laju menuju ke kawasan semak di Kampung Kok Pauh sebelum meninggalkan kenderaan dan melarikan diri.

“Anggota cuba mengejar dan menjejakinya tetapi tidak berjaya.

“Pemeriksaan lanjut dalam but kereta menemui sejumlah kotak mengandungi rokok putih seludup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal percaya rokok terbabit diseludup dari Thailand untuk dipasarkan di negara ini.

Rampasan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Terkejut Nampak PGA, Lelaki Lari Tinggal Kereta Penuh Rokok Seludup Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup membawa masuk rokok putih seludup dipercayai…
8 Maut Selepas Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Dan Terbakar Sejurus Berlepas
|
Lapan individu dilaporkan maut selepas sebuah pesawat pengebom B-52…
KPDN Sahkan Tiada Unsur Penipuan Dalam Iklan ‘Durian Percuma’ Tular Di Kota Bharu
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!