‘Bea Sobar Bea’ menang lagu etnik terbaik di pentas AIM ke-24, Tiada kelibat Eda Ezrin

GENTING HIGHLANDS – Lagu Cinta Setandan Pisang nyanyian Den Manjo diumumkan pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung di Arena Star, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Den Manjo membawa pulang trofi bersama RM50,000 peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

Eda Ezrin, ini untuk anda. Teruskan menyokong lagu dialek Kelantan,” katanya ringkas ketika menerima anugerah tersebut.

Bagaimanapun, Eda Ezrin atau nama penuhnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, tidak hadir untuk menerima anugerah tersebut

Komposer lagu berkenaan, Eddie Hamid, turut meluahkan rasa syukur apabila ciptaan dalam dialek Kelantan itu berjaya mengungguli kategori berprestij tersebut.

“Alhamdulillah, ini lagu Kelantan pertama yang menang di AIM. Tunggu sambungan Adik Sayang Abe Sore selepas ini,” ujarnya.

Cinta Setandan Pisang mengetepikan cabaran lagu lain seperti Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin). – HIBGLAM

#KelantanDaily
Sumber: HIBGLAM

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!