Pergerakan Keluar Masuk Sempadan Kelantan – Thailand Cecah 10,000 Orang Sehari

Keinginan untuk merasai pengalaman bercuti di luar negara dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mendorong ribuan rakyat Malaysia terus memasuki Selatan Thailand walaupun amaran keselamatan masih berkuat kuasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, aliran keluar masuk di tiga pintu sempadan utama Kelantan iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga sentiasa mencatatkan jumlah yang tinggi.

Menurutnya, kira-kira 3,000 individu melintasi sempadan pada hari biasa dan jumlah itu meningkat kepada lebih 4,000 orang pada hujung minggu.

Cuti Sekolah Cecah 10,000 Pergerakan Sehari

Mohd Yusoff berkata, jumlah tersebut meningkat dengan ketara ketika musim cuti persekolahan.

“Apabila tiba musim cuti sekolah, jumlah itu boleh mencecah antara 6,000 hingga 7,000 orang sehari.

“Secara keseluruhan, pergerakan keluar masuk melibatkan pemegang pas sempadan dan pasport boleh mencecah sehingga 10,000 orang sehari,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar dijangka walaupun amaran perjalanan oleh Wisma Putra masih berkuat kuasa.

Cop Pasport Jadi Tarikan

Menurut Mohd Yusoff, faktor psikologi turut memainkan peranan apabila sesetengah masyarakat melihat percutian luar negara sebagai sesuatu yang mempunyai nilai tersendiri.

“Rakyat kita ini, apabila mendapat cop pasport, mereka sudah menganggapnya sebagai percutian luar negara walaupun destinasi itu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai,” katanya.

Selain itu, nilai mata wang Thailand yang lebih kompetitif juga menjadi faktor yang menarik ramai rakyat Malaysia berbelanja di negara jiran.

Ramai Sekadar Makan Dan Beli-Belah

Beliau berkata, kebanyakan pengunjung hanya menyeberangi sempadan untuk urusan ringkas seperti menikmati makanan asli Thailand, bersiar-siar di pasar malam serta membeli pelbagai snek dan barangan popular sebelum pulang pada hari yang sama.

Menurutnya, Kelantan juga memerlukan lebih banyak produk pelancongan dan lokasi rekreasi keluarga yang mampu menarik penduduk tempatan bercuti dalam negeri sendiri.

Cadang Rantau Panjang Ikut Model Padang Besar

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff mencadangkan pekan sempadan seperti Rantau Panjang dibangunkan mengikut model Padang Besar, Perlis bagi merancakkan ekonomi tempatan.

Katanya, pembangunan kompleks perniagaan yang lebih tersusun serta berkonsepkan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) mampu menarik pelancong domestik tanpa perlu melintasi sempadan.

“Jika konsep yang sama dapat dilaksanakan di Kelantan, kita bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong malah dapat mengurangkan kecenderungan rakyat menyeberangi sempadan semata-mata untuk membeli-belah atau mengunjungi pasar malam,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kawalan ketat di sempadan menjadi punca Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin lengang.

Sebaliknya, beliau berkata perubahan corak perbelanjaan masyarakat selepas pandemik Covid-19 serta peningkatan pembelian dalam talian menjadi antara faktor utama yang memberi kesan kepada perniagaan fizikal di kawasan sempadan.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!