Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah

Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah selepas ambulans yang membawanya terbabit dalam kemalangan di Jalan Jerteh–Pasir Akar berhampiran Kampung Cherang Meliling, Besut kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, kejadian itu melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah ambulans yang ketika itu sedang membawa dua pesakit ke Hospital Besut.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Pasir Akar selepas mengambil dua pesakit yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan lain.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai melintas dari bahu jalan sebelah kanan sebelum berlaku pelanggaran dengan ambulans tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan ambulans hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan kiri dan melanggar sebuah kereta yang diparkir, sehingga kenderaan berkenaan jatuh ke dalam longkang.

Akibat kejadian itu, seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi pesakit hanya cedera ringan.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut, manakala individu lain yang terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!