35 ekor lembu seludup dari Thailand dirampas di Pasir Mas

PASIR MAS, 11 Sept – Pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup lembu selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Repek di sini, awal pagi Khamis.

Dalam operasi yang dijalankan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan sekitar jam 1 pagi, hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemui 14 ekor lembu yang dibawa tanpa sebarang dokumen sah. Haiwan tersebut dipercayai diseludup masuk dari Thailand untuk dipasarkan secara haram di negara ini.

Pemandu dan kelindan, dua lelaki tempatan berusia 21 dan 28 tahun, ditahan untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM164,000.

Dalam operasi berasingan kira-kira jam 1.30 pagi hari sama, pasukan PGA menahan sebuah lori lain di lokasi sama dan menemui 21 ekor lembu tanpa dokumen sah. Pemandu dan kelindan, masing-masing berusia 26 tahun, turut ditahan.

Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM153,000 termasuk lori .

Secara keseluruhan, pasukan PGA berjaya merampas 35 ekor lembu bersama dua buah lori dengan nilai rampasan dianggarkan RM317,000.

Kesemua rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut, manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!