Cubaan seludup 17 tong petrol bersubsidi digagalkan PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) terus memperkukuh kawalan sempadan apabila berjaya menumpaskan dua cubaan menyeludup minyak petrol bersubsidi dalam operasi berasingan di Kelantan baru-baru ini.


Dalam kejadian 1 September 2025 kira-kira jam 12.15 tengah hari, pasukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan mengesan seorang lelaki sedang memindahkan tong minyak dari tebing sungai ke dalam perahu di pengkalan haram Kedap, Rantau Panjang.


Suspek bertindak melarikan diri ke Thailand setelah menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan 12 tong berisi 120 liter petrol bernilai RM246 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, dalam operasi berasingan pada 31 Ogos 2025 jam 1.30 tengah hari, anggota PGA turut menggagalkan cubaan sama di pengkalan haram Isang, Tumpat.


Dua lelaki yang sedang memindahkan tong minyak ke dalam perahu bertindak melarikan diri ke Thailand selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. Hasil pemeriksaan menemui lima tong berisi 150 liter petrol bernilai RM307.50.


Rampasan itu diserahkan kepada KPDN Kota Bharu, manakala kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. –#KelantanDaily

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan