Satu perkongsian di platform Threads oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faz menjadi tular selepas dia berkongsi pengalaman bekerja di pawagam selama 15 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, dia mendakwa pernah menemui pelbagai “benda pelik” di dalam dewan tayangan selepas sesi tontonan tamat.
Antara yang dikongsikan termasuk gambar pakaian dalam serta kondom yang didakwa ditemui dalam kawasan pawagam.
Dakwa Jumpa Benda Pelik Sepanjang 15 Tahun Kerja
Faz dalam hantaran asalnya berkata dia ingin berkongsi pengalaman sepanjang bekerja di cinema hall mengenai barangan yang pernah dikutip.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman sama.
Seorang pengguna lain mendakwa pernah menemui lampin berisi najis serta sisa dalam kondom di dalam pawagam sepanjang tempoh bekerja.
Netizen Luah Rasa Jijik Dan Terkejut
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan jijik dengan perkongsian tersebut, malah ada yang menyifatkan sikap segelintir pengunjung tidak bertanggungjawab.
Ada juga yang mendakwa tindakan tidak bermoral seperti itu boleh berlaku di tempat tertutup seperti pawagam jika tiada kawalan ketat.
Perkongsian tersebut turut mengundang perdebatan mengenai tahap disiplin dan moral segelintir pengunjung.
Kaitkan Dengan Isu Syarat Pawagam
Dalam masa sama, ada netizen yang mengaitkan pengalaman tersebut dengan sebab mengapa sesetengah negeri seperti Kelantan menetapkan syarat ketat sebelum membenarkan panggung wayang beroperasi.
SHARE:
