Jalan Lojing–Cameron Highlands Dijangka Dibuka Semula Seawal 21 Mei

Jalan Persekutuan FT185 di Pos Blau, Lojing yang terputus akibat runtuhan pada awal tahun ini dijangka boleh digunakan semula seawal 21 Mei ini menerusi pembinaan laluan lencongan sementara yang kini hampir siap.

Perkara itu dimaklumkan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, YB Dato’ Dr Izani Husin menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Menurut beliau, pembukaan semula laluan berkenaan amat penting bagi memulihkan hubungan pengangkutan selain merancakkan kembali sektor ekonomi antara negeri.


“Pembukaan laluan ini sudah tentu amat penting dalam memulihkan hubungan pengangkutan serta merancakkan kembali sektor ekonomi antara Kelantan, Pahang dan Perak, khususnya melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan logistik,” jelasnya.

“Pembukaan laluan ini sudah tentu amat penting dalam memulihkan hubungan pengangkutan serta merancakkan kembali sektor ekonomi antara Kelantan, Pahang dan Perak, khususnya melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan logistik,” jelasnya.

Kerajaan Negeri Terus Usaha Tangani Isu Runtuhan

Dato’ Dr Izani turut memaklumkan kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan isu berkenaan ditangani dengan sebaiknya bagi kemudahan pengguna jalan raya.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Alexander Nanta Linggi atas keprihatinan serta kerjasama dalam menyelesaikan masalah itu.

Pengguna Dinasihaati Berhati-hati

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan tersebut kerana ia masih merupakan laluan sementara.

“Sentiasalah berwaspada, patuhi arahan keselamatan dan pandulah dengan cermat demi keselamatan bersama,” pesannya.

Untuk rekod, Dato’ Dr Izani sebelum ini mengadakan lawatan bersama Menteri Kerja Raya ke lokasi runtuhan jalan tersebut pada 2 Februari lalu bagi meninjau keadaan semasa dan perkembangan pembinaan laluan lencongan.


Sumber: inforakyat.kelantan.my

SHARE:

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!