Kes Bunuh OKU Di Bachok: Dua Suspek Rakan Mangsa Ditahan, Ada Rekod Dadah

Dua lelaki yang direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, didapati mempunyai rekod berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun itu juga merupakan rakan kepada mangsa.

“Kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kubang Kerian dan Kota Bharu pada kira-kira jam 1 dan 3 pagi Ahad.

“Salah seorang suspek bekerja sebagai peniaga pakaian manakala seorang lagi merupakan penganggur,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Direman Enam Hari

Media melaporkan, dua lelaki itu direman selama enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang bekerja sebagai pemasang jubin.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Suspek tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari dan diiringi anggota polis.

Mangsa Meninggal Dunia Di HPUSM

Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.

BERKAITAN:
Polis Sahkan OKU Lembam Ditemui Tepi Jalan Di Bachok, Kes Diklasifikasi Bunuh

OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok

Kes Bunuh OKU Bachok: Majikan Direman Tujuh Hari


Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala.

Punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.

Kes Disiasat Seksyen 302

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!