Kakak Dengar Adik Menangis Minta Tolong Sebelum Remaja Terbabit Hilang

Seorang wanita mendakwa terdengar jeritan meminta tolong daripada adik bongsunya sebelum remaja perempuan itu dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling, di sini pada Jumaat.

Wanita yang dikenali sebagai Aida berkata, adiknya Afiqah Abdul Aziz, 15, merupakan anak bongsu daripada enam beradik dan dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 6 petang pada hari kejadian.

Menurut Aida, selepas menyedari kehilangan Afiqah, mereka hanya menemukan skaf dan anak tudung remaja itu di hadapan lif.

“Kami jumpa skaf dan anak tudungnya di hadapan lif, tetapi adik tidak ada di situ.

“Sebelum itu saya terdengar jeritan meminta tolong dalam keadaan menangis, saya dengar dua kali, saya pasti itu memang dia,” katanya.

Polis Sahkan Terima Laporan Orang Hilang

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja perempuan tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang berada di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup di dalam lif seliaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa.

“Siasatan dijalankan di bawah kes Orang Hilang (OH),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, kehilangan Afiqah tular di media sosial selepas beberapa keping gambarnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Threads bagi meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan remaja itu.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Delegasi Indonesia Kagum Pendekatan Pentadbiran Islam Kelantan
|
Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian…
Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Dua Sepupu Remaja Hilang Selepas Keluar Bersiar-Siar Di Kota Bharu
|
Dua remaja perempuan yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!