Polis gesa orang ramai bantu kesan remaja hilang di Ketereh

KOTA BHARU – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata remaja terbabit dikenali sebagai Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam.

“Remaja ini mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan kurus serta berkulit putih,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, usaha mengesan remaja berkenaan sedang giat dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan itu untuk tampil membantu siasatan.



“Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 017-3204261, atau menghubungi Hotline IPD Kota Bharu di 09-7752200, Hotline IPK Kelantan di 09-7455622, atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!