Tak Sempat Dapat Upah RM100, Lelaki Dicekup Bersama 8.5 Tan Beras Seludup Thailand

Seorang lelaki tidak sempat menikmati upah RM100 apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 8.5 tan beras dipercayai diseludup dari Thailand dalam serbuan di Kampung Kubang Batang, Tumpat pada Sabtu.

Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu turut melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM114,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang hasil pemantauan anggota Risik Batalion 9 PGA Kuala Terengganu bersama Kawalselia Padi dan Beras Negara Kelantan.

Menurut beliau, ketika rondaan di kawasan Jalan Kampung Kubang Batang, anggota mengesan sebuah lori putih dalam keadaan mencurigakan berhampiran lampu isyarat hadapan Masjid Air-Rahman sebelum menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian muatan belakang lori menemui guni-guni putih berisi 8,500 kilogram beras yang disyaki diseludup dari Thailand. Pemandu lori berusia 31 tahun terus ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima upah RM100 bagi setiap penghantaran mengikut arahan pihak tertentu.

Katanya, lori yang digunakan dipercayai diambil di kawasan Bunohan sebelum beras berkenaan dihantar ke lokasi ditetapkan sekitar daerah Besut, Terengganu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994 dan rampasan telah diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Negara Kelantan untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, pihaknya akan terus mempertingkat risikan serta operasi bersepadu bersama agensi berkaitan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan