Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu disyaki seludup bernilai kira-kira RM52,000 kepada pembeli di Kota Bharu dalam satu operasi di Jalan Banggol Ara, Pasir Mas semalam.

Dalam operasi sama, sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut haiwan terbabit turut disita dengan anggaran nilai sekitar RM100,000.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan oleh pasukan Strike Force Batalion Ketujuh kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, pasukan yang sedang menjalankan rondaan mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori menemukan 13 ekor lembu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 26 tahun itu mengemukakan permit pergerakan ternakan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi penghantaran ternakan dalam Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat percanggahan antara jumlah lembu yang diangkut dengan maklumat dalam permit tersebut.

Permit berkenaan merekodkan sebanyak 20 ekor lembu, namun hanya 13 ditemui ketika pemeriksaan dijalankan.

Menurut Ahmad Radzi, baki tujuh ekor lembu dipercayai sudah dihantar ke lokasi lain yang tidak dinyatakan dalam permit yang diluluskan.

Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia diarahkan majikannya menghantar lembu berkenaan ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!