Lelaki ditahan bersama pistol dan peluru di Kota Bharu

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas menemukan sepucuk pistol serta 36 butir peluru dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Kampung Paloh, Pintu Geng, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan kira-kira jam 5 pagi itu dijalankan oleh pasukan Cawangan Siasatan Khas (D9) dan Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kelantan.

Menurutnya, suspek berusia 50 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau serta sembilan rekod berkaitan dadah.

“Hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol Glock 26 Gen 4 Austria 9x9, 34 butir peluru hidup bertulis A Auto 380 Auto, serta dua butir peluru bertulis PAC 380 Auto,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine dan kini direman empat hari hingga 10 Sept untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!