Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan

Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah RM30 kini mencetuskan kemarahan netizen, selepas satu kes melibatkan sebuah kedai di Kota Bharu tular di media sosial.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesahkan pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi KPDN Kelantan, siasatan segera dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) selepas pihaknya menerima aduan rasmi berhubung caj tersebut.

KPDN Kelantan memaklumkan notis pengesahan maklumat barangan atau perkhidmatan telah dikeluarkan kepada peniaga kedai berkenaan bagi mendapatkan maklumat harga dan butiran perkhidmatan.

Peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berkaitan dalam tempoh empat hari bekerja bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Terdahulu, kes itu menjadi bualan ramai apabila video tular seorang pelanggan dikenakan caj RM30 untuk membaiki kalkulator yang dimasuki air, termasuk proses pembersihan serta penukaran bateri.

Orang ramai mempertikaikan kadar caj yang dikatakan tidak munasabah memandangkan bateri yang digunakan bukan bateri baharu tambahan pula harga kalkulator berkenaan hanya sekitar RM15 ke RM35 dijual di platform jual beli atas talian.

KPDN Kelantan turut memberi peringatan bahawa pemantauan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang cubaan manipulasi pengguna dapat dibanteras.

Menurut KPDN, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang, demi melindungi kepentingan pengguna dan negara.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti manipulasi atau salah laku peniaga supaya tindakan segera dapat diambil.

Sebarang laporan atau aduan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-848 8000, selain talian hotline 24 jam di 09 741 6000 atau 03 8882 6088 / 6245.

SHARE:

TERKINI

70 Premis Di Kedah Didakwa Jadi Sekolah Anak Rohingya
|
Sekurang-kurangnya 70 premis membabitkan kediaman dan rumah kedai di…
Empat Sekeluarga Maut, Treler Hilang Kawalan Sebelum Hempap Kereta
|
Kemalangan maut yang meragut empat nyawa termasuk seorang bayi…
Tiada CCTV, Bomba Guna Kaedah Saintifik Jejak Punca Kebakaran Di Gok Kapur
|
Ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian…
Tekong Darat Lari Tinggal 14 PATI Myanmar Selepas Diserbu APMM Di Tumpat
|
Tindakan seorang tekong darat meninggalkan 14 pendatang asing tanpa…
Peniaga Ayam Tipu Timbangan, KPDN Kelantan Terima 29 Aduan
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!