Proton Iswara, Wira Dan Waja Dikesan Paling Kerap Digunakan Seludup Petrol

Model kereta tempatan seperti Proton Iswara, Proton Wira dan Proton Waja dikesan antara kenderaan yang paling banyak digunakan oleh sindiket untuk menyeludup petrol ke Thailand.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya menyita 75 buah kereta dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan sejak Januari lalu.

Menurutnya, keseluruhan kenderaan yang disita dianggarkan bernilai sekitar RM451,500.


Tangki Kereta Diubah Suai

Hasil siasatan mendapati tangki kenderaan tersebut telah diubah suai bagi membolehkan ia menyimpan lebih banyak petrol.

Menurut Aswadi, kenderaan terbabit digunakan seperti tangki bergerak untuk membawa petrol secara berulang.

“Penyeludup menggunakan kereta sendiri yang diubah suai untuk mengisi petrol secara berulang sebelum membawanya ke stor haram atau lokasi transit di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.


Digunakan Bawa Petrol Ke Lokasi Transit

Petrol yang diisi secara berulang itu kemudiannya dibawa ke stor haram atau lokasi transit sebelum diseludup keluar ke negara jiran.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran program **Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2026 (SHMMP) di Lembah Sireh.


Pemantauan 24 Jam Di Sempadan

Aswadi berkata pihaknya akan terus memperketatkan pemantauan selama 24 jam di kawasan sempadan.

Langkah itu termasuk rondaan berkala serta penggunaan anggota berpakaian preman di stesen minyak bagi memastikan aktiviti penyeludupan petrol dapat dikesan dan dibanteras.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan