Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kerjasama strategik yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Baginda bertitah, usaha berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara menerusi pelbagai dasar pembangunan dan inisiatif strategik turut memberi manfaat besar kepada Kelantan.

“Sehubungan itu, Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri.

“Ia di atas kerjasama strategik bersama kerajaan negeri yang telah menyumbangkan kejayaan dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Tengku Muhammad Fakhry turut menzahirkan rasa sukacita atas pengoperasian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang kini siap dinaik taraf sepenuhnya.

Baginda turut berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan diteruskan menerusi pelaksanaan projek Kota Bharu Sentral melalui integrasi pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai hab transit moden.

Menurut Baginda, projek berkenaan bakal menjadi pemangkin ekonomi setempat serta membuka ruang pertumbuhan baharu kepada rakyat Kelantan.

Pada masa sama, Baginda berpandangan keadaan infrastruktur di Kelantan masih perlu ditambah baik agar negeri itu tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Beta amat berharap agar kerajaan negeri mengambil berat terhadap perancangan dan pelaksanaan infrastruktur di negeri ini dengan pelibatan langsung Kerajaan Persekutuan.

“Pembangunan infrastruktur yang menyeluruh ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak perancangan pembangunan pada masa akan datang,” titah Baginda.


Sumber: Utusan, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!