Kes Bunuh OKU Bachok: Majikan Direman Tujuh Hari

Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh pekerja pemasangan jubin berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam di Bachok, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, perintah reman terhadap suspek yang ditahan di rumahnya di Kampung Binjai semalam bermula hari ini hingga 22 April.

Media sebelum ini melaporkan mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 tengah malam selepas mengalami kecederaan parah.

Terdahulu, mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi Selasa dalam keadaan berlumuran darah pada muka dan kepala.

Kematian mangsa disahkan akibat kecederaan di kepala berpunca daripada trauma tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERKAITAN:
Adik Kongsi Detik Menyayat Hati Lihat Abang OKU Bertarung Nyawa
Polis Sahkan OKU Lembam Ditemui Tepi Jalan Di Bachok, Kes Diklasifikasi Bunuh
OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!