Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita

Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan ramai apabila memaparkan seorang pemandu bas didakwa memandu sambil meriba seorang wanita, sekali gus mengundang kebimbangan serius terhadap keselamatan penumpang.

Rakaman berkenaan dikongsikan seorang pengguna media sosial, Nor Fazzlan, yang turut menyertakan butiran lengkap perjalanan bas dipercayai terlibat.

Menurut kapsyen yang ditulis, kejadian itu dikatakan berlaku sepanjang perjalanan dari R&R Seremban, Negeri Sembilan hingga ke R&R Kulai, Johor

pemandu bas riba wanita 3


pemandu bas riba wanita 2

Tindakan pemandu bas itu disifatkan sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan, lebih-lebih lagi melibatkan kenderaan berat yang membawa ramai penumpang.

Malah, ramai warganet meluahkan rasa kecewa dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemandu serta syarikat bas terlibat, bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkaitan mengenai kesahihan video dan tindakan susulan.



SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!