Kawalan Ketat Sempadan Kelantan, Gerai Jual Petrol Seludup Di Thailand ‘Kering’

Bekalan petrol seludup dari Malaysia khususnya Kelantan didakwa semakin sukar diperoleh di Sungai Golok sejak awal bulan lalu, dipercayai berpunca daripada penguatkuasaan ketat di sempadan serta kawalan di stesen minyak sekitar Tumpat dan Rantau Panjang.

Peniaga petrol seludup di kawasan itu mendakwa situasi kali ini adalah paling teruk berbanding sebelum ini kerana gangguan bekalan berlaku lebih lama, sehingga hampir mencecah sebulan tanpa tanda pemulihan.

Seorang peniaga dikenali sebagai Ahmad berkata, dia sudah lebih 10 tahun menjual petrol seludup dari Malaysia, namun kali ini bekalan paling sukar diperoleh.

“Saya menjual petrol seludup dari Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu, namun kali ini bekalan paling sukar diperoleh. Saya dimaklumkan oleh orang tengah bahawa bekalan sukar diseludup kerana kawalan ketat di sempadan oleh polis Malaysia selain kawalan di stesen minyak di sekitar Tumpat dan Rantau Panjang.

“Kebiasaannya, bekalan diseludup masuk menggunakan pangkalan haram di Lubok Gong, Rantau Panjang atau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang menerusi pembelian berulang, namun kini sukar dilakukan kerana kawalan ketat.

“Jangan kata minyak seludup berdepan kekurangan bekalan, bekalan di stesen minyak pun berdepan masalah sama sejak bulan lalu,” katanya.

Banyak Gerai Terpaksa Tutup Sementara

Menurut Ahmad, akibat kekurangan bekalan yang ketara, ramai peniaga terpaksa menutup sementara gerai masing-masing dan keadaan itu jelas kelihatan berbanding sebelum ini.

Katanya, jika keadaan itu berlarutan, peniaga petrol seludup mungkin terpaksa mencari kerja lain.

“Sekarang ini jika ada peniaga mempunyai bekalan, ia dianggap pelik kerana semua tahu bekalan petrol susah dan kami juga tidak tahu sehingga bila bekalan terputus.

“Jika ada bekalan selepas ini pun mungkin tidak akan dijual sebaliknya untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lebih 100 premis dan gerai di pekan Sungai Golok yang sebelum ini aktif menjual petrol RON95 seludup dari Kelantan hampir lumpuh selepas bekalan bahan api itu dipercayai terputus sejak bulan lalu.

Tinjauan di sekitar pekan itu mendapati banyak gerai yang sebelum ini meriah kini sepi, malah sebahagian besar premis ditutup.

Sepanjang tinjauan selama tiga jam, hanya tiga premis dikesan masih menjual petrol namun peniaga terpaksa mencatu jualan kepada hanya satu liter bagi setiap pembelian kerana bekalan yang ada hanya beberapa liter sahaja.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Lulus RM20 Juta Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Di Kelantan
|
Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi…
Mangsa Kedua Insiden SMK Tanjong Mas Akan Jalani Pembedahan Tampalan Cuping Telinga
|
Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang…
Rakyat Kelantan Boleh Terbang Terus Ke China Dan Korea Selatan
|
Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan penerbangan jarak jauh apabila…
PM Anwar Tiba Di Kota Bharu, Rasmi Terminal Baharu LTSIP
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau selamat…
LTSIP Paling Moden Di Malaysia, Mampu Tampung 4 Juta Penumpang
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang baharu kini…
Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Jawatan Kosong Kelantan