KPDN Patahkan Cubaan Seludup Hampir 3 Tan Minyak Masak Subsidi Di Pasir Puteh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir tiga tan minyak masak peket bersubsidi ke negara jiran dalam operasi bersepadu di Jalan Pintas (Bypass), Pasir Puteh, pada Khamis.

KPDN Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor, yang membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan serta rampasan dua kenderaan.

Menurut kenyataan itu, semasa operasi dijalankan, pihak berkuasa mengesan dua kenderaan jenis Proton Exora dan Naza Citra dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai membawa muatan minyak bersubsidi untuk diseludup ke luar negara.

“Hasil pemeriksaan terdapat 2,805 kilogram minyak masak peket bersubsidi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar RM32,012.50 termasuk kenderaan,” menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan minyak masak berkenaan dipercayai disimpan sementara di rumah transit sebelum dibawa ke sempadan untuk diseludup.

“Taktik licik sindiket yang menyembunyikan kotak minyak masak menggunakan kain hitam bagi mengaburi pihak berkuasa bagaimanapun berjaya dihidu dalam operasi yang dijalankan kira-kira 7.45 pagi,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki rangkaian sindiket serta mengenal pasti dalang utama.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Lulus RM20 Juta Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Di Kelantan
|
Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi…
Mangsa Kedua Insiden SMK Tanjong Mas Akan Jalani Pembedahan Tampalan Cuping Telinga
|
Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang…
Rakyat Kelantan Boleh Terbang Terus Ke China Dan Korea Selatan
|
Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan penerbangan jarak jauh apabila…
PM Anwar Tiba Di Kota Bharu, Rasmi Terminal Baharu LTSIP
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau selamat…
LTSIP Paling Moden Di Malaysia, Mampu Tampung 4 Juta Penumpang
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang baharu kini…
Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Jawatan Kosong Kelantan