Individu Terkejut BUDI95 Hilang “Dicuri” Di Caltex Tumpat

Seorang pengguna media sosial mendakwa terdapat transaksi mencurigakan melibatkan sistem BUDI95 yang tidak pernah dilakukan olehnya, dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Caltex Tumpat, Kelantan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook oleh Mohd Fadhli Faddy, yang memaklumkan beliau membuat semakan di laman web Budi95 sebelum terkejut apabila mendapati dua transaksi direkodkan walaupun beliau tidak pernah mengisi minyak di lokasi tersebut.

“Terdetik untuk semak Budi95 di laman web Budi95. Bila semakan dibuat, terdapat 2 transaksi yang tak pernah dibuat oleh saya telah berlaku di Caltex Tumpat,” katanya.

Menurutnya, beliau turut membuat semakan baki di Touch ‘n Go dan mendakwa jumlah baki yang tertera adalah selari, dengan baki tinggal 78 liter.

Lebih membimbangkan, Mohd Fadhli mendakwa pada tarikh transaksi yang direkodkan iaitu 5 April 2026 jam 4.44 petang, beliau sebenarnya berada di Kuantan, Pahang.

mohd fadhli faddy 2

Tangkap layar dikongsikan Mohd Fadhli Faddy


Beliau memaklumkan telah bertolak dari Tumpat pada jam 10 pagi pada hari yang sama dan menegaskan beliau tidak pernah mengisi minyak di Caltex Tumpat.

“Bagaimana penyelewengan ini boleh berlaku disaat kita semua perlu menjaga bekalan minyak negara. Perbuatan celaka ini tidak boleh dibiarkan,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, beliau turut memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan segera.

Mohd Fadhli berkata beliau akan membuat laporan rasmi pada hari sama, termasuk menghubungi KPDN serta membuat laporan polis.

“Saya inshaAllah akan buat laporan rasmi hari ni. Saya akan hubungi KPDN pagi ini untuk bertanyakan hal ini, dan saya juga akan ke Balai Polis untuk buat satu laporan,” katanya.

mohd fadhli faddy



Sumber: FB Mohd Fadhli Faddy

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan