Sosej Thailand, beras putih, pulut seludup dirampas PGA di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras dan makanan sejuk beku dari Thailand selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di hadapan lot kedai di Jalan Banggol Kulim, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pasukan operasi menemukan sebanyak 1,005 paket sosej sejuk beku dari Thailand, 692 kilogram beras putih, 100 kilogram beras pulut serta beberapa barangan runcit lain yang tidak tersenarai dalam invois ditunjukkan pemandu lori berkenaan.

Pegawai PGA berkata, semua barangan berkenaan dipercayai cuba disorokkan bersama muatan runcit lain untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

“Pemandu lori berusia 45 tahun dipercayai berperanan sebagai penghantar barangan seludup itu,” katanya.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM37,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut, manakala barangan sah dalam invois dipulangkan semula kepada pemandu terbabit.

#KelantanDaily

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!