8.30 Pagi Aktiviti Berhenti Bila ‘Bos’ Datang, Sindiket Petrol Di Kelantan Seolah Dilindungi

Dakwaan kegiatan penyeludupan petrol bersubsidi di kawasan sempadan Kelantan kembali hangat apabila seorang individu yang juga penduduk tempatan mendakwa aktiviti itu berlaku secara terbuka dan seolah-olah tidak terusik.

Luahan tersebut memetik situasi di sekitar Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan yang dikatakan menjadi ‘laluan panas’ kegiatan tersebut.

suara tv 1


Menurut individu tersebut, sindiket dipercayai menggunakan pelbagai kenderaan untuk mengisi petrol secara berulang kali di stesen minyak sebelum diseludup keluar melalui kawasan berhampiran Sungai Golok.

Lebih mengejutkan, aktiviti ini didakwa bukan lagi berselindung — sebaliknya berlaku secara terang-terangan dan menjadi ‘rahsia terbuka’ dalam kalangan masyarakat setempat.

“Orang kampung tahu… tapi siapa berani lawan? Kami cuma tengok saja,” luahnya.

Malah, terdapat dakwaan bahawa sekitar jam 8.30 pagi akan ada ‘isyarat’ untuk menghentikan operasi sementara kerana kehadiran individu yang digelar “bos”.

Persoalannya — siapa ‘bos’ yang dimaksudkan? Dan kenapa kegiatan ini dilihat seolah-olah kebal daripada tindakan?

Beliau turut mempersoalkan sama ada aktiviti yang didakwa sudah lama berlaku ini benar-benar tidak diketahui pihak berkuasa, atau ada sesuatu yang gagal dibendung.

Dalam pada itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tampil menjalankan siasatan menyeluruh seperti operasi sebelum ini bagi membanteras penyelewengan subsidi.

Menurut individu itu lagi, isu ini bukan sekadar penyeludupan biasa, tetapi melibatkan wang rakyat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tempatan, bukannya menguntungkan sindiket tertentu.

“Kalau dibiarkan, siapa sebenarnya rugi? Rakyat juga,” katanya lagi.

Langkah tegas dan menyeluruh kini dilihat semakin mendesak bagi memastikan ketirisan subsidi tidak terus berlaku secara terbuka di kawasan sempadan.

suara tv 2



Sumber: Suara TV

SHARE:

TERKINI

Pantai Timur Catat Kadar Penagihan Pil Kuda Tertinggi Di Negara
|
Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat kadar penagihan dadah sintetik…
Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
AZM Rovers FC Jelaskan Sebab Tidak Sertai Liga A1 Musim 2026/27
|
AZM Rovers FC menjelaskan keputusan untuk tidak menyertai saingan…
Kanak-Kanak 11 Tahun Maut, Motosikal Diseret 50 Meter Dalam Nahas Di Besut
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas motosikal…
Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Tempoh Sejam Di Kuala Krai
|
Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan yang…
RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!