Perantau Mula Pulang Ke Ibu Kota Hari Ini, Aliran Trafik Ke Gua Musang Bergerak Perlahan

Aliran trafik di Jalan Kuala Krai–Gua Musang dilaporkan bergerak perlahan sejauh kira-kira 20 kilometer dari kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis menghala ke bandar Gua Musang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, kesesakan itu berpunca daripada pertambahan jumlah kenderaan perantau yang pulang ke ibu kota selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya bersabar serta mengamalkan sikap toleransi bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat.

“Orang ramai juga digalakkan merancang perjalanan dan memandu secara berhemah bagi mengelakkan kemalangan yang boleh memburukkan lagi keadaan trafik,” katanya.

Tinjauan di beberapa laluan utama termasuk berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh mendapati kenderaan bergerak perlahan dan pengguna dijangka mengalami kelewatan untuk tiba ke destinasi.

Seorang pengguna jalan, Mohd Firdaus Nur Ahmad, 37, berkata beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang akibat kesesakan tersebut.

“Saya terpaksa berhenti rehat di R&R Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan untuk kembali bekerja esok,” katanya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Dari Amerika Syarikat ke Kelantan, Fahmi Ibrahim Mahu Pikat Irfan Bakti
|
Pemain sayap kelahiran Amerika Syarikat, Fahmi Ibrahim menjadi antara…
Aliff Rakib Bertemu Anwar Selepas Cipta Sejarah di ONE Championship
|
Selepas mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul kejuaraan…
Melaka FC Jadi Medan Ujian Sebenar KRW Menjelang Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) bakal berdepan ujian sebenar…
Merhrom Rayu Malaysia Henti Penghantaran Pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar
|
Ketika kerajaan Malaysia mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000…
Masalah Dadah di Kelantan Serius, Hampir Tiada Kampung Terlepas – Saifuddin
|
Arahan supaya setiap ketua balai polis di Kelantan menahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!