Terjebak Dadah Kerana Suami, Bekas Guru Pasti Luah Keinsafan

“Sempena Aidilfitri ini, saya hanya mahu memohon ampun kepada kedua-dua ibu bapa…”

Itu luahan penuh keinsafan seorang wanita dikenali sebagai Iza, 22, yang kini menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok selepas terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Bekas guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) itu mengakui kesilapannya berpunca daripada kedegilan sendiri apabila tidak mengendahkan nasihat ibu bapa.

Dari Guru Ke Penagih

Menurut Iza, kehidupannya berubah selepas berkahwin pada akhir 2023 di Thailand walaupun mendapat tentangan keluarga.

Beberapa bulan selepas itu, suaminya mengaku mengambil dadah jenis pil kuda sebelum mengajaknya mencuba bahan terlarang tersebut.

Pada awalnya, dia menolak, namun akhirnya terjebak kerana mahu “mencabar” suaminya sendiri — keputusan yang kini disifatkannya sebagai detik hitam dalam hidup.

“Bayangkan sebelum ini saya mengajar kanak-kanak, tapi sekarang saya berada di PUSPEN,” katanya.

Terjerumus Hingga Ketagih

Iza mengakui mengambil sehingga lima biji pil kuda sehari, yang menyebabkan dirinya menjadi terlalu aktif dan sukar tidur.

Selepas kira-kira empat bulan, dia dan suami ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas disahkan positif dadah.

Susulan itu, suaminya dihantar ke PUSPEN Besut manakala Iza ditempatkan di PUSPEN Bachok. Mereka kemudiannya sah bercerai pada Disember lalu.

Raya Dengan Harapan Pengampunan

Kini, Iza mengakui benar-benar insaf dan berazam untuk memulakan hidup baharu selepas tamat tempoh pemulihan beberapa bulan lagi.

Walaupun pernah mengecewakan keluarga, dia bersyukur kerana ibu bapanya tidak pernah meninggalkannya dan sentiasa datang melawat sepanjang berada di pusat pemulihan.

“Jika saya bertemu ibu bapa pada Aidilfitri ini, saya hanya mahu memohon maaf dan memeluk mereka,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan