JPJ Kelantan Nafi Dakwaan Kejar Lori Punca Kemalangan Maut Di Tanah Merah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kenderaan jabatan itu sebagai punca kemalangan di Kilometer 85.5 Jalan Kota Bharu–Machang–Jeli, berhampiran Kampung Rahmat, Bukit Bunga.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, dakwaan kononnya kenderaan JPJ mengejar lori sehingga menyebabkan kemalangan adalah tidak benar dan tidak berasas.

Menurutnya, ketika kejadian, anggota terbabit hanya menjalankan rondaan rasmi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 dan mematuhi semua prosedur operasi standard serta peraturan lalu lintas.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan lengkap dijalankan oleh pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mursyid Azmi, 25, yang juga anak kepada editor kanan Astro Awani, meninggal dunia selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Fortuner milik JPJ.

Dua adik mangsa yang turut berada dalam kenderaan tersebut dilaporkan mengalami kecederaan, manakala pemandu JPJ tidak cedera.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera
|
Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai…
Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang
|
Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua…
Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat
|
Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave…
Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Jawatan Kosong Kelantan