Ibu Enam Anak Lakukan Pelbagai Kerja Kampung Demi Pastikan Anak Terus Bersekolah

Saya sanggup buat banyak kerja kampung termasuk mengemas rumah penduduk dan mengurut walaupun pendapatan diterima tidak menentu demi memastikan enam anak tidak terputus makanan dan persekolahan.

Itulah luahan seorang ibu, Siti Nurfarahim Abdullah, 32, yang tinggal di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Menurutnya, usaha itu dilakukan bagi meringankan beban suaminya, Mohd Asraff Ariffin Shamsul, 25, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam dan sukar mendapatkan pekerjaan tetap.

Katanya, suaminya hanya mampu melakukan kerja kampung secara kecil-kecilan apabila ada penduduk memanggil untuk membantu.

“Suami saya sukar dapat kerja tetap kerana keadaan dirinya. Dia hanya buat kerja kampung bila ada orang panggil dan upah diperoleh bergantung pada kerja dilakukan,” katanya.

Siti Nurfarahim berkata, lima daripada enam anaknya adalah hasil perkahwinan pertama, manakala anak bongsu berusia 11 bulan adalah bersama Mohd Asraff.

Menurutnya, lima anak yang berusia antara enam hingga 14 tahun masih bersekolah dan walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, dia tetap mahu memastikan anak-anak terus belajar seperti biasa.

“Mujurlah saya dan anak masing-masing memperoleh RM500 bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dapat meringankan beban ditanggung,” katanya.

Bagaimanapun, katanya keadaan kewangan keluarga menjadi lebih mencabar ketika Ramadan kerana mereka hanya mampu menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa secara ala kadar.

“Ada kalanya, jika kesuntukan wang, saya tebalkan muka meminjam dengan saudara terdekat untuk tampung perbelanjaan.

“Pada masa sama, saya juga bersyukur kerana ada individu prihatin selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan barangan keperluan asas seperti beras, ikan dan ayam, sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan sepanjang Ramadan,” katanya.

Siti Nurfarahim berkata, mereka kini menyewa sebuah rumah dengan kadar sewa RM180 sebulan.

Sementara itu, Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed berkata, seramai 200 keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan asas yang diagihkan bagi membantu meringankan beban mereka.

Katanya, bantuan tersebut disalurkan kepada golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), mualaf serta mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Krai.


“Bantuan ini diagihkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas, khususnya sepanjang Ramadan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan