Kaki melepuh, bernanah dan berlubang selepas bertungku

Ujian berat menimpa seorang ibu kepada enam anak apabila kaki kanannya mengalami luka bernanah dan berlubang akibat komplikasi penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 15 tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Hasmawati Mohd Razali, 42, berkata keadaan itu bermula selepas dia mengalami kebas pada kaki sebelum mengambil inisiatif bertungku bagi mengurangkan kesakitan.

“Beberapa hari selepas itu, kulit kaki mula melepuh dan semakin teruk hingga bernanah. Sekarang kaki saya berlubang dan sudah tidak mampu berjalan.

Hasmawati (kanan) menunjukkan kaki kanannya yang berbalut selepas dicuci.

Hasmawati (kanan) menunjukkan kaki kanannya yang berbalut selepas dicuci. (Foto: Sinar Harian)



“Saya mencuci luka di hospital, dan doktor beritahu kalau isi kaki tidak tertutup, mereka mungkin perlu ambil isi paha untuk tampal pada kaki kanan yang berlubang,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Mengkebang, pada Ahad.

Menurut Hasmawati, dia disahkan menghidap diabetes ketika mengandungkan anak kelima dan sejak itu bergantung sepenuhnya kepada ubat serta kawalan pemakanan.

Akibat kecederaan tersebut, dia tidak lagi mampu bekerja sebagai pembantu kedai makan di Guchil yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan harian sekitar RM45 sehari.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Asnaf Cempaka Merah, Che Norhayati Mohamed hadir menyampaikan sumbangan wang zakat dan barangan keperluan asas bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Kini, keluarga itu hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan, selain bantuan daripada ibu mentuanya, Minah Mat Hassan, 76.

Suaminya, Mohd Zaharuddin Junoh, 46, pula menghidap penyakit saraf tunjang dan tidak mampu berjalan sejak dua tahun lalu seperti dilaporkan sebelum ini.

BACA: “Nasi kosong berkuahkan mi segera jadi hidangan kami sekeluarga”

“Tetapi sejak dua tahun lalu, keadaan saya makin lemah dan tak mampu bekerja langsung,” katanya.

Mohd Zaharuddin (kiri) dibantu Shahrul Nizam untuk mengalihkan kakinya.

Mohd Zaharuddin (kiri) dibantu Shahrul Nizam untuk mengalihkan kakinya. (Foto: Sinar Harian)



Mohd Zaharuddin sebelum ini masih mampu bekerja sebagai pemandu kereta sewa walaupun lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangan pada usia 17 tahun, namun keadaan kesihatannya kini semakin merosot.

Tambahnya, dia juga tidak dapat menjalani rawatan fisioterapi secara berkala di Hospital Sultan Ismail Petra seperti disyorkan kerana kekangan kewangan serta kenderaan keluarga yang rosak.

Pasangan itu berkahwin 11 tahun lalu dan tidak dikurniakan anak bersama, namun Mohd Zaharuddin menjaga enam anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isterinya.

Daripada jumlah itu, tiga telah berkahwin manakala tiga lagi masih bersekolah. Dua daripada mereka, Shahrul Nizam Megat, 15, dan Mohd Haikal, 11, merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dan menerima bantuan JKM sebanyak RM1,800 setahun setiap seorang.

“Kalau tak ada duit sangat, kami makan nasi dengan kuah mi segera atau lauk telur masak kicap saja,” ujar Mohd Zaharuddin.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam bernombor 03045024654439 atas nama Hasmawati Mohd Razali.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan