AS Tanggung RM17 Bilion Dalam 100 Jam Pertama Perang Iran

Perang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran dianggarkan menelan kos sekitar AS$3.7 bilion (kira-kira RM17 bilion) hanya dalam tempoh 100 jam pertama.

Jumlah tersebut bersamaan hampir AS$900 juta sehari, menurut analisis penyelidik daripada Center for Strategic and International Studies (CSIS) yang berpangkalan di Washington.

Laporan itu menyatakan kos tinggi berkenaan didorong terutamanya oleh penggunaan pelbagai jenis amunisi dan sistem senjata canggih ketika operasi ketenteraan dijalankan.


Lebih 2,000 Senjata Digunakan

Penyelidik Mark Cancian dan Chris Park berkata, tentera AS dipercayai telah menggunakan lebih 2,000 jenis munisi dalam tempoh 100 jam pertama perang.

Kos untuk menggantikan semula stok senjata tersebut dianggarkan sekitar AS$3.1 bilion, dengan kadar perbelanjaan harian mencecah kira-kira AS$758 juta.

Menurut mereka, hanya sebahagian kecil daripada kos tersebut sebenarnya sudah diperuntukkan dalam bajet pertahanan.

Sebahagian besar iaitu sekitar AS$3.5 bilion pula masih belum diperuntukkan.


Pentagon Mungkin Perlu Dana Tambahan

Situasi itu dijangka memaksa Pentagon memohon peruntukan tambahan bagi menampung kos peperangan tersebut.

Langkah itu bagaimanapun dijangka menjadi cabaran politik kepada pentadbiran Donald Trump kerana ia boleh menjadi tumpuan kritikan pihak yang menentang perang tersebut.

Isu kos sara hidup, inflasi dan kemungkinan kenaikan harga bahan api akibat konflik juga dilihat boleh mengurangkan sokongan rakyat Amerika terhadap perang berkenaan.


Perbelanjaan Ketenteraan Dijangka Terus Meningkat

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth sebelum ini memaklumkan serangan terhadap Iran dijangka dipertingkatkan dalam tempoh terdekat.

Ia termasuk penambahan skuadron pesawat pejuang, sistem pertahanan serta operasi pengeboman yang lebih kerap.


Menurut laporan itu, walaupun operasi udara biasanya menjadi lebih perlahan selepas fasa awal konflik, kos peperangan dijangka kekal tinggi.

Sumber: Al Jazeera

SHARE:

TERKINI

Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!