40,000 Tiket Bas E-Mutiara Ke Kelantan Habis Beberapa Hari Sebelum Ramadan

Sebanyak 40,000 tiket bas ekspres melibatkan perjalanan pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri dilaporkan habis terjual hanya dalam tempoh beberapa hari sebelum Ramadan.

Konsortium E-Mutiara Bhd memaklumkan jualan tersebut melibatkan tempoh perjalanan puncak selama lapan hari bermula 13 hingga 20 Mac ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pada tahun ini pihak syarikat mengambil pendekatan menjual tiket lebih awal, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan bagi memberi peluang kepada penumpang membuat persediaan untuk pulang ke kampung.

Menurut beliau, permintaan tertinggi dicatatkan bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan dengan sebanyak 3,051 trip direkodkan sepanjang tempoh puncak berkenaan.

Tambahnya, syarikat turut merancang menambah hampir 10 buah bas lagi sekiranya beberapa kenderaan yang sedang dibaik pulih siap serta mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi sebelum Aidilfitri.

Dalam perkembangan sama, Che Ibrahim memaklumkan harga tiket musim perayaan naik sebanyak 10 peratus susulan pelaksanaan caj musim perayaan yang dibenarkan kerajaan.

Ujarnya, ia bukan kenaikan tambang tetap, sebaliknya mekanisme yang dibenarkan bagi memastikan syarikat pengangkutan terus mampu beroperasi sepanjang musim perayaan.

“Pelaksanaan caj tersebut penting kerana kebanyakan operasi bas pada musim perayaan bersifat perjalanan sehala yang menyebabkan pengusaha menanggung kos tambahan.


“Kebiasaannya bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penuh dengan penumpang, tetapi perjalanan pulang pula kosong atau mempunyai penumpang yang sangat sedikit,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!