Rumah Terbengkalai Jadi Stor, KPDN Rampas 3 Tan Gula Dan Minyak Di Tumpat

Helah sindiket penyeludupan yang menjadikan sebuah rumah terbengkalai sebagai stor penyimpanan barang kawalan terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas lebih tiga tan gula dan minyak masak di Kampung Bunuhan, Tumpat, semalam.

Operasi kira-kira jam 5.50 petang itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dan turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya mengesan aktiviti mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah rumah terbengkalai dijadikan lokasi penyimpanan minyak masak dan gula sebelum dibawa menggunakan kenderaan ke kawasan sempadan Malaysia–Thailand.

“Pada masa sama kita turut mengesan dua buah kereta jenis Proton Iswara berada di lokasi sama dengan tiga orang lelaki sedang melakukan kerja pemunggahan barangan terbabit sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan, manakala dua lagi melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kediaman dan kenderaan berkenaan menemukan lebih tiga tan minyak masak dan gula yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.


Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM33,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!