Kelantan Negeri Pertama Galak Rakyat Beli Emas, Jadikan Produk Pelancongan

Kelantan menjadi negeri pertama melancarkan inisiatif khas bagi menggalakkan orang ramai membeli emas menerusi penganjuran Bulan Emas Kelantan 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac ini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Kamarudin Md Nor berkata, program tersebut bertujuan mempopularkan emas Kelantan sebagai produk warisan negeri serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap logam bernilai itu sebagai sandaran ekonomi keluarga dan instrumen pelaburan jangka panjang.

“Kerajaan negeri melihat emas sebagai aset fizikal yang stabil dan relevan dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Hari ini kami meluncurkan program Bulan Emas dengan tujuan mempopularkan emas Kelantan serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan melihat emas sebagai sandaran ekonomi keluarga dan medium pelaburan,” katanya selepas Majlis Peluncuran Bulan Emas Kelantan 2026 di Kota Bharu pada Rabu.

Menurut beliau, walaupun masyarakat boleh membeli saham, namun dari sudut keselamatan nilai, emas lebih terjamin.

Katanya, pergerakan harga emas kebelakangan ini menunjukkan trend naik turun yang tinggi dan ia memberi peluang kepada masyarakat memiliki emas sebagai simpanan jangka panjang.

Penganjuran sepanjang Mac bertepatan dengan Ramadan serta persiapan Aidilfitri, tempoh yang lazimnya menyaksikan peningkatan permintaan emas.

Tambahnya, promosi tersebut secara langsung membantu pengusaha kedai emas tempatan khususnya di sekitar Kota Bharu dengan menggalakkan mereka menawarkan diskaun serta promosi khas.

Beliau menegaskan, program itu bukan hanya menyasarkan rakyat Kelantan, sebaliknya bertujuan menarik masyarakat seluruh negara datang ke negeri ini.

Menurutnya lagi, kawasan seperti Pasar Siti Khadijah dan Bazar Tuan Padang sememangnya popular sebagai pusat perniagaan emas dan akan terus dipromosikan sebagai destinasi beli-belah emas.


Kerajaan negeri turut menyarankan pengusaha menawarkan reka bentuk serta kadar upah lebih kompetitif sepanjang program tersebut bagi merancakkan industri emas tempatan.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan