Pengecas EV jenis AC pertama di Kelantan dipasang di Homestay Pasir Mas

PASIR MAS – AR Homestay Pasir Mas D’Kelar muncul sebagai lokasi pertama di Kelantan yang menyediakan kemudahan pengecas kereta elektrik jenis AC kepada pelanggan selepas pemasangan lengkap disiapkan oleh Kineta Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad.

Pengecas model Wallbox Pulsar Max dari Sepanyol itu menawarkan kelajuan sehingga 22kW dan dipasang oleh juruteknik profesional Kineta, En.Afif dan En.Hafisol, dalam masa kira kira tiga jam.

Kerja pemasangan oleh juruteknik Kineta

Kerja-kerja pemasangan olek juruteknik Kineta



Pemilik homestay, Dr Aman Rizal berkata, pemilihan Kineta dibuat selepas menilai kualiti pemasangan serta jaminan keselamatan yang ditawarkan syarikat berkenaan.

“Kineta bukan sahaja menyediakan pemasangan profesional, tetapi turut menawarkan waranti pemasangan selama setahun serta waranti pengecas selama tiga tahun.

Ini memberi keyakinan kepada kami terhadap aspek keselamatan dan keselesaan pelanggan,” jelasnya.

Beliau berkata, kemudahan tersebut bakal memudahkan pemilik EV yang menginap di homestay itu kerana tidak perlu lagi mencari pengecas DC di kawasan luar.

“Pengecas AC ini beroperasi pada suhu lebih sejuk dan dapat membantu meningkatkan jangka hayat bateri EV berbanding pengecas DC,” katanya.

Dr Aman menjelaskan, Kota Bharu mempunyai banyak kemudahan pengecasan EV termasuk di Hotel Perdana yang menjadi lokasi tumpuan pengguna, namun Pasir Mas masih belum mempunyai kemudahan sedemikian.

Pemasangan di AR Homestay Pasir Mas D’Kelar menjadikan ia yang pertama di kawasan tersebut.

Menurut beliau, penggunaan pengecas AC 22kW itu juga lebih stabil dan sesuai untuk pengecasan jangka panjang, sekali gus memberi kemudahan kepada tetamu untuk mengecas sepanjang malam tanpa risiko suhu tinggi.

Homestay Pasir Mas yang siap dipasang EV charger

Homestay di Pasir Mas yang menawarkan pengecas EV jenis AC



Pengecas tersebut turut dilengkapi kabel sepanjang tujuh meter serta boleh digunakan tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

Homestay berkenaan menawarkan pengecasan percuma kepada tetamu, manakala pemilik EV lain juga dialu alukan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Maklumat lanjut mengenai tempahan dan lokasi boleh didapati melalui www.kelantanhomestay.com
atau WhatsApp 0111-15344300.

WhatsApp


TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!