PGA Rampas Senjata, Dadah Dalam Dua Serbuan Di Pasir Mas Dan Machang

Operasi selama dua hari membawa kepada rampasan senjata, dadah dan bahan terlarang bernilai keseluruhan dianggarkan RM43,740.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan pada 15 dan 16 Februari lalu.

Dalam kes pertama, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Maka Utama, Pasir Mas pada jam 6.45 petang, 15 Februari.

Menurutnya, pihak polis merampas selaras senjata menyerupai crossbow serta lima botol berisi 20 liter cecair disyaki kodein.

“Suspek mendakwa senjata itu diperoleh dari Thailand melalui pangkalan haram dan digunakan untuk memanah ikan manakala cecair bagi kegunaan peribadi dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah telefon bimbit dan beg raket badminton RM14,050,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kes kedua pula pada jam 4 petang, 16 Februari melibatkan serbuan oleh anggota Batalion 7 PGA bersama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Machang (IPD) ke atas sebuah rumah di Taman Anggerik Putih, Machang.

Serbuan dilakukan susulan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah.

“Pemeriksaan di rumah dan kenderaan menemukan 1,520 biji pil dipercayai dadah jenis epam, 0.85 gram ketulan disyaki ketamin dan 24 liter air ketum telah diproses dengan nilai rampasan dianggarkan RM29,690 termasuk tiga telefon bimbit.

“Siasatan awal mendapati bekalan dadah diperoleh melalui transaksi dalam talian manakala air ketum untuk jualan di sekitar kawasan perumahan,” katanya.

Dalam operasi itu, tiga lelaki tempatan berusia 27 dan 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Ahmad Radzi berkata pihaknya akan terus mempergiat operasi dan pemantauan bagi membanteras kegiatan jenayah, penyeludupan di sempadan serta pencerobohan khazanah hutan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan