PGA tumpas cubaan seludup 36 tan beras di Tanah Merah

TANAH MERAH – Cubaan menyeludup beras putih dari Thailand berjaya digagalkan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Wawasan Kelantan selepas menahan sebuah treler di Kampung Lawang, Batu Gajah, awal pagi 3 September lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan beberapa lelaki sedang memunggah guni beras ke dalam treler. Menyedari kehadiran polis, kesemua suspek bertempiaran lari ke kawasan semak, namun pemandu dan seorang penumpang gagal meloloskan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 36,000 kilogram beras putih disimpan di bahagian belakang treler berkenaan dan dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 53 dan 19 tahun. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM144,000 dan telah diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Negeri (KSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.

#KelantanDaily

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan