Awas! Kehadiran Obor-obor Merbahaya Di Persisiran Pantai Bachok

Orang ramai yang berkunjung ke persisiran pantai di Bachok dinasihatkan supaya lebih berhati-hati susulan kehadiran obor-obor berbahaya di kawasan tersebut.

Pada 15 Februari 2026, Pejabat Perikanan Daerah Bachok menerima aduan berkaitan kedamparan obor-obor biru yang dikenali sebagai Physalia physalis.

Hasil pemantauan mendapati obor-obor tersebut terdapat di sepanjang pantai Bachok dan boleh mendatangkan kecederaan serius sekiranya terkena sengatan.

Tanda-Tanda Sengatan Obor-Obor

Antara simptom yang mungkin dialami mangsa termasuk:

• Sensasi gatal atau terbakar pada kulit
• Ruam merah atau bengkak
• Kebas pada bahagian terkena
• Sakit kepala, mual atau muntah
• Kesukaran bernafas

Nasihat Kepada Orang Ramai

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini:

• Elakkan aktiviti air buat sementara waktu
• Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
• Jangan sentuh obor-obor walaupun kelihatan terdampar di pantai

Pihak berkuasa memohon kerjasama masyarakat setempat untuk menyebarkan maklumat ini demi memastikan keselamatan bersama.

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!