Buruh Mengaku Bersalah Rompak, Cederakan Wanita Di Machang

Seorang buruh, Ahmad Nazmi Ahmad Ismail, 35, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita, 20 Januari lalu.

Pengakuan bersalah itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Hafizah Mat Ali, 58, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Gelong Gajah, dekat Machang, kira-kira jam 7.15 pagi, pada 20 Januari 2026.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, didenda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, selepas memberi makan ayam, mangsa masuk ke bilik utama rumah sebelum kepalanya tiba-tiba dipegang dan mukanya ditekup oleh tertuduh yang menutup muka dengan kain serta bertopi.

Tertuduh menyuruh mangsa duduk, memijak tangan wanita itu dan menarik dua gelang emas di tangan kiri, selain meragut seutas rantai leher emas serta dua loket emas di leher mangsa.

Sebelum melarikan diri, tertuduh menutup mulut dan mengikat tangan mangsa di kaki katil menggunakan kain.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditahan kira-kira jam 1.35 petang pada 20 Januari 2026.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan, dan mahkamah menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh jatuh hukuman.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan