Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran samun apabila diserbu sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi apabila pengawal keselamatan yang bertugas di premis berkenaan turut diikat kedua-dua tangan dan kaki oleh suspek.

Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, suspek dipercayai melarikan dua kenderaan pacuan empat roda milik JKM selain beg duit milik pengawal keselamatan yang mengandungi wang tunai RM300.

Kunci motosikal milik pengawal keselamatan terbabit juga dilaporkan turut dilarikan kumpulan perompak berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman.


Sumber: Buletin TV3

SHARE

TERKINI

KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!