[VIDEO] Kemajuan Terkini Laluan Baharu Menghubungkan Machang Dengan Tanah Merah

Projek pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Kampung Joh di Machang dengan Kampung Belimbing di Tanah Merah kini menunjukkan kemajuan positif, sekali gus membuka lembaran baharu kepada pembangunan jaringan perhubungan luar bandar di Kelantan.

Projek bernilai RM122 juta itu dilaksanakan bagi menyediakan laluan alternatif yang mampu memendekkan masa perjalanan kira-kira 20 minit antara jajahan Tanah Merah dan Machang, selain melancarkan aliran trafik serta merancakkan pembangunan kawasan luar bandar.

Peruntukan bagi projek berkenaan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), dengan pelaksanaannya diselia oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pembinaan melibatkan dua jambatan dan jalan penghubung sepanjang 15 kilometer yang menghubungkan Kampung Joh, Pulau Raya dan Kampung Belimbing.

Apabila siap sepenuhnya, laluan ini akan menjadi nadi penting yang menghubungkan Machang–Tanah Merah, selain berfungsi sebagai jalan alternatif dari Kota Bharu ke Tanah Merah dan sebaliknya.


Laluan baharu ini dijangka melengkapkan jaringan alternatif luar bandar antara Kota Bharu, Tanah Merah dan Machang, sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan terlibat, khususnya di sepanjang jajaran projek tersebut.

SHARE:

TERKINI

Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Rumah Macam Zoo, Usahawan Turut Pelihara 6 Ekor Buaya Di Rumah
|
Seorang usahawan ternakan di Sungai Sikamat, Kajang, mendakwa sering…
Jual Lokcing Sambil Seludup Petrol, Terima Upah RM10 – RM15 Satu ‘Trip’
|
Seorang penjual lokcing warga Thailand dipercayai menjadikan aktiviti menyeludup…
Jawatan Kosong Kelantan